INSTITUT LATIHAN ISLAM PULAU PINANG (ILIPP)
ILIPP merupakan pusat latihan yang dimiliki oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sendiri dan akan memberikan perkhidmatan kursus dan latihan yang sesuai dengan keperluan semua pegawai dan kakitangan di bawah institusi Islam di negeri Pulau Pinang. Institut latihan ini juga akan dibuka kepada peserta-peserta luar untuk mengikuti kursus berdasarkan modul-modul latihan yang tawarkan di sini yang merangkumi empat bidang teras utama iaitu bidang teras ekonomi, bidang teras dakwah dan tarbiyah, bidang teras pengurusan pembangunan dan sains kemasyarakatan dan bidang teras perundangan. Kempat-empat bidang teras ini sebenarnya terangkum dalam kewajipan dan tanggungjawab penubuhan MAINPP itu sendiri berdasarkan peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004. Selain beroperasi sebagai penganjur program kursus seperti yang dinyatakan, ILIPP juga akan dibuka kepada pihak luar untuk sewaan tempat bagi menganjurkan program-program latihan dan lain-lain aktiviti bersesuaian.
MESRA PENGGUNA
Antaramuka yang responsif, maklumat kursus berinfografik, sewaan fasiliti yang kondusif serta carian kursus tersedia di katalog dan takwim
KURSUS BERPUSAT
Capaian secara setempat
KETEPATAN DATA
- on-going
SEMAK SEJARAH PERMOHONAN
Ke arah semakan status permohonan, penilaian, cetakan surat tawaran dan sijil




