
OBJEKTIF
Memupuk masyarakat islam yang beriman dan dinamis, menegakkan keadilan Islam, serta mempertingkatkan ekonomi dan sosial umat islam di pulau pinang menurut prinsip hukum syara'.
Melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia melalui latihan holistik dan bersepadu berlandaskan syariat islam ke arah pembangunan ummah yang sejahtera.
Menyediakan kursus berkualiti dan kontemporari serta fasiliti kondusif bagi meningkatkan keupayaan individu berlandaskan nilai - nilai islam.
PENGENALAN
Pada 28 Ogas 2024 yang lalu, mesyuarat MAINPP telah bersetuju memutuskan untuk memberi penjenamaan semula pusat latihan tersebut daripada PULAZA ke Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP) yang akan mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Jun 2025. ILIPP merupakan satu-satunya pusat latihan yang dimiliki oleh MAIN sendiri dan akan memberikan perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan latihan oleh pegawai MAIN di seluruh negara. Pusat latihan ini juga akan dibuka kepada peserta-peserta luar yang berkepentingan untuk mengikuti dan memahami modul-modul latihan yang bakal dianjurkan berkaitan pengoperasian di MAIN. Selain beroperasi sebagai penganjur program kursus, ILIPP juga akan dibuka kepada kepada pihak luar untuk sewaan tempat bagi menganjurkan program-program latihan dan lain-lain aktiviti bersesuaian untuk dianjurkan di institut berkenaan.
MOTO
"Inspirasi Pembangunan Pencetus Perubahan"
MISI
Menyediakan program latihan berkualiti tinggi yang selaras dengan keperluan industri dan masyarakat.
Membangunkan modal insan berkualiti melalui pendidikan dan latihan berterusan.
Meningkatkan profesionalisme dalam sektor pembangunan islam dengan kemahiran dan pengetahuan terkini melalui modul - modul inovatif.
VISI
Menjadi sebuah institusi latihan yang unggul dan terkemuka di Malaysia.

