Literasi Perundangan Kepada Agensi Pelaksana Hal Ehwal Agama Islam

Tarikh Kursus
18/11/2025 - 19/11/2025
Tempoh
2 hari 1 malam
Yuran
Percuma
Tarikh Buka Permohonan
-
Tarikh Tutup Permohonan
-
Kumpulan Sasaran
- Orang awam
- Pegawai Masjid
- Amil Zakat Fitrah
- Agen dan Nazir Khas yang dilantik Majlis Agama Islam Negeri
- Peguam Syarie
Kaedah Pembelajaran
- Kuliah/ceramah
- Simulasi/ demonstrasi
- Kajian Kes
Penyelaras Program
Fasilitator/Pengajar/Penceramah/Jurulatih
1. Pegawai MAINPP
2. Pegawai Zakat MAINPP
3. Pegawai dari SPRM
Anjuran
INSTITUT LATIHAN ISLAM PULAU PINANG
Tempat
INSTITUT LATIHAN ISLAM PULAU PINANG
Kursus ini bertujuan memberi input serta pendedahan berkaitan undang-undang yang terpakai di Malaysia serta peruntukan perundangan yang menjadi panduan serta asas rujukan kepada Pegawai Masjid, Amil Zakat Fitrah, Agen dan Nazir Khas yang dilantik Majlis Agama Islam Negeri untuk memahami peranan mereka dalam menjalankan amanah serta tugasan bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri. Kursus ini juga akan memberi pencerahan berkenaan kesan terhadap pihak pelaksana yang gagal untuk melaksanakan tugasan dengan baik agar lebih hemat dan cermat dalam menjalankan amanah yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Agama
Memberi pengetahuan tentang peranan serta tanggungjawab Majlis Agama Islam dalam perihal perundangan serta hal ehwal agama Islam Negeri.
Memberi pendedahan tentang peranan serta tanggungjawab agen, nazir khas serta pegawai masjid yang telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri serta liabiliti mereka sebagai pelaksana bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri.
Menggalakkan kepatuhan kepada undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama seperti Majlis Agama Islam Negeri.
Peranan Majlis Agama Islam Negeri Serta Bidangkuasa Dalam Melantik Agen Atau Pelaksana Serta Peruntukan-Peruntukan Berkaitan (1 Jam)
Apakah Pelantikan Nazir Khas dan Cara Menguruskan Aset-Aset Milik Majlis Agama Islam Negeri (2 Jam)
Isu, Solusi Serta Kesalahan-Kesalahan Dalam Menguruskan Aset (1 Jam)
Kaedah Pembangunan Aset-Aset Yang Dijaga Oleh Pihak Kariah Masjid Serta Sempadannya (2 Jam)
Peranan Pegawai Masjid Berdasarkan Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang) 1997, Kesalahan Serta Isu Yang Berkaitan (2 Jam)
Fahami Peraturan-Peraturan Pungutan Zakat Dan Fitrah Negeri Pulau Pinang 1979 Serta Peranan Amil Zakat Fitrah (2 Jam)
Fahami Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Peruntukan Di Bawah Kanun Keseksaan Yang Melibatkan Pegawai Pelaksana Di Peringkat Negeri (2 Jam)

