Peningkatan Kompetensi Pendakwah Berkesan

Tarikh Kursus
17/9/2025 - 18/9/2025
Tempoh
2 hari 1 malam
Yuran
Percuma
Tarikh Buka Permohonan
-
Tarikh Tutup Permohonan
-
Kumpulan Sasaran
- Pegawai MAIN
- Agensi Agama Negeri/Persekutuan
- Badan Berkanun Negeri
- Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan
- Badan Swasta/ Berkanun/ Ngo’s/ Belia
- Institusi/ Sekolah
- Masyarakat Awam/ Komuniti
- Jawatankuasa Qariah
- Guru – Guru Agama / Pemegang tauliah mengajar
Kaedah Pembelajaran
Ceramah
Amali
Penyelaras Program
Fasilitator/Pengajar/Penceramah/Jurulatih
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah - JHEAIPP
Prof. Madya Dr. Mohd Nizam Sahad,USM
Dato’ Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, YDP Persatuan Ulamak Malaysia, Mantan Ketua Pengarah JAKIM
Dr. Mohd Erfino bin Johari, Universiti PolyTech Malaysia
Ustaz Mohd Shamsul Hakim bin Abd Samad, USIM
Dr. Muhamad Faisal Ashaari, Pusat Kajian Dakwah & Kepimpinan, UKM
Anjuran
INSTITUT LATIHAN ISLAM PULAU PINANG
Tempat
INSTITUT LATIHAN ISLAM PULAU PINANG
Kerangka untuk Outline Kursus Peningkatan Kompetensi Pendakwah Berkesan diperkenalkan bertujuan untuk memberi pendedahan serta memantapkan penyampaian guru-guru takmir, khatib dan pendakwah (daie) dalam kuliah/ ceramah/ khutbah yang mereka berikan kepada pendengar. Kursus ini memberi pengukuhan tentang peranan penting pendakwah untuk mengjalankan kerja-kerja amar maaruf nahi mungkar. Satu lagi aspek penting yang perlu diingatkan kepada pendakwah adalah adab dan kaedah penyampaian yang berkesan dengan tidak mengabaikan penggunaan alat dan kaedah penyampaian yang bersifat kontemporari.
Melahirkan kesedaran masyarakat khususnya pendakwah sebagai ejen amar makruf nahi mungkar.
Meningkatkan kemahiran penyampaian komunikasi dan adab berdakwah.
Meningkatkan kompetensi pendakwah dalam kaedah penyampaian dan bersifat kontemporari.
Amanah Menegakkan Amar Maaruf Nahi Mungkar (2 Jam)
Penyampaian Berkesan dan Adab Berdakwah (4 Jam)
Penggunaan Alat Bantu Penyampaian Yang Berkesan (4 Jam)

