ASAS PENGURUSAN INSTITUSI ISLAM

Image

Tarikh Kursus

Tempoh

2 hari 1 malam

Yuran

Percuma

Tarikh Buka Permohonan

-

Tarikh Tutup Permohonan

-

Kumpulan Sasaran

  1. Pegawai MAIN
  2. Agensi Agama Negeri/Persekutuan
  3. Badan Berkanun Negeri
  4. Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan
  5. Badan Swasta/ Berkanun/ Ngo’s/ Belia
  6. Institusi/ Sekolah
  7. Masyarakat Awam/ Komuniti
  8. Jawatankuasa Qariah

Kaedah Pembelajaran

  1. Syarahan
  2. Kajian kes

Penyelaras Program

Fasilitator/Pengajar/Penceramah/Jurulatih

  1. Tuan Haji Abdul Mohsein bin Mohd Shariff - Ketua Pegawai Eksekutif Wakaf MAINPP
  2. Encik Mohd Yunus Safuan bin Soleh - Pegawai Eksekutif Wakaf MAINPP
  3. Encik Abdul Samad Bin Abdul Rahman -Pen. Pegawai Eksekutif Wakaf MAINPP

Anjuran

INSTITUT LATIHAN ISLAM PULAU PINANG

Tempat

INSTITUT LATIHAN ISLAM PULAU PINANG

Kursus Asas Pengurusan Institusi Islam ini dirangka untuk memperkukuhkan kefahaman asas tentang prinsip dan amalan pengurusan dalam institusi pembangunan yang berteraskan Islam. Ia merangkumi institusi peribadatan seperti masjid, institusi pendidikan seperti tahfiz, institusi petadbiran seperti Majlis Agama Islam Negeri. Kursus ini akan merangkumi perbincangan mendalam mengenai elemen-elemen penting seperti asas pengurusan institusi, pengurusan insan dalam institusi, pengurusan kualiti, konsep hisbah institusi, pembinaan imej institusi, dan strategi pengurusan berkesan. Melalui pendekatan teori dan praktikal, peserta akan dibimbing untuk memahami hubungan antara prinsip Islam dengan keperluan pengurusan terkini, sambil memupuk kecekapan dalam menerapkan asas Islam untuk memperkasa institusi. Kursus ini sesuai untuk pentadbir, pengurus, dan individu yang terlibat dalam pembangunan dan kepimpinan institusi Islam.

  1. Memberikan peserta pengetahuan tentang prinsip asas pengurusan dalam konteks institusi Islam.

  2. Membantu peserta memahami pengurusan insan, pengurusan kualiti, konsep hisbah, pembangunan imej institusi dan pengurusan strategik yang efektif dan bersesuaian dengan asas institusi pembangunan Islam.

  3. Membangunkan kemahiran peserta untuk mengurus cabaran umat Islam semasa menerusi pendekatan fungsi institusi yang selari dengan prinsip Islam.

  1. Dasar Pengurusan Institusi Islam (Kuliah (2 Jam)
  2. Pengurusan Insan (Kuliah & Interaktif) (2 Jam)
  3. Pengurusan Kualiti (Kuliah & Game) (2 Jam)
  4. Pengurusan Perubahan, Konflik & Krisis (Kuliah & Role-Play) (2 Jam)
  5. Hisbah dan Integriti (Kuliah & Role Play (2 Jam)
  6. Pengurusan Strategik dan Pembangunan Imej (Projek) (2 Jam)

Isnin - Ahad : 9:00pagi - 05:00petang

Sabtu-Ahad - Tutup

010-452 8910

No. Telefon

Jalan Pantai Acheh, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang

Alamat

Please publish modules in offcanvas position.