sijil asas falak

Tarikh Kursus
28/10/2025 - 30/10/2025
Tempoh
3 hari 2 malam
Yuran
Percuma
Tarikh Buka Permohonan
-
Tarikh Tutup Permohonan
-
Kumpulan Sasaran
- Pegawai MAIN
- Agensi Agama Negeri/Persekutuan
- Badan Berkanun Negeri
- Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan
- Badan Swasta/ Berkanun/ Ngo’s/ Belia
- Institusi/ Sekolah
- Masyarakat Awam/ Komuniti
Kaedah Pembelajaran
Berasaskan Kuliah (Kuliah)
Pembelajaran Interaktif - perbincangan, soal jawab dan aktiviti kolaboratif (Interaktif)
Pembelajaran Berasaskan Pengalaman - program lawatan & kerja lapangan (Lapangan)
Latihan Praktikal/Amali (Praktikal)
Penyelaras Program
Fasilitator/Pengajar/Penceramah/Jurulatih
- Sahibus Samahah Profesor Madya Dato' Dr. Mohd Sukki bin Othman (Pejabat Mufti PP)
- Us. Muhammad Haniff Baderun (Pejabat Mufti PP)
- Us. Fakhrurrazi Md Mahdzir (Pejabat Mufti PP)
- En Mohd Zulhelmi Mohd Yusof (Pusat Falak)
- Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol (KITAB)
- Profesor Madya Dr. Abdul Halim Abdul Aziz
- Encik Noor Azam Mat Noor, (Penyelidik Bebas Falak)
- Ustazah Khadijah bt Mohd (KITAB)
- Ustaz Abdul Muhaimin B. Ahmad (KITAB)
Anjuran
INSTITUT LATIHAN ISLAM PULAU PINANG
Tempat
INSTITUT LATIHAN ISLAM PULAU PINANG
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas mengenai ilmu falak atau astronomi Islam kepada para peserta. Ia merangkumi teori dan praktikal berkaitan pengiraan waktu solat, penentuan arah kiblat, serta kaedah penentuan anak bulan (rukyah dan hisab). Peserta juga akan didedahkan kepada penggunaan alat-alat tradisional seperti theodolit, kompas, dan rubu’ mujayyab, serta teknologi moden dalam falak seperti aplikasi perisian dan teleskop. Kursus ini sesuai untuk guru, pelajar, pegawai masjid, dan sesiapa sahaja yang berminat mendalami ilmu falak, dengan matlamat meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap sumbangan ilmu falak dalam kehidupan harian serta ibadah umat Islam.
Memberi pendedahan dan pengetahuan berkaitan pengurusan falak syarie di Malaysia khususnya Pulau Pinang.
Meningkatkan pengetahuan dan keyakinan masyarakat awam tentang asas falak.
Memberikan kesedaran dan menyebarluas kepentingan ilmu falak kepada masyarakat awam.
Pengenalan Ilmu Falak (Kuliah) (2 Jam)
Pengiraan Waktu Solat (2 Jam)
Hilal dan Takwim (4 jam)
Gerhana Bulan dan Matahari (2 Jam)
Arah Kiblat (2 Jam)

