Kekeluargaan Islam – Pengurusan Mal

Image

Tarikh Kursus

21/10/2025 - 23/10/2025

Tempoh

3 hari 2 malam

Yuran

Percuma

Tarikh Buka Permohonan

-

Tarikh Tutup Permohonan

-

Kumpulan Sasaran

  1. Orang awam
  2. Pegawai Agensi Agama (MAIN)
  3. Anak – anak Syarikat MAINPP
  4. Peguam Syarie
  5. Hakim Syarie
  6. Pendakwa Syarie
  7. Pegawai Penguatkuasa Agama

Kaedah Pembelajaran

  1. Kuliah/ceramah
  2. Soal jawab
  3. Latihan dalam kumpulan

Penyelaras Program

Fasilitator/Pengajar/Penceramah/Jurulatih

  1. Pegawai Syariah JKSNPP
  2. Ketua Pendafatr Nikah Cerai Rujuk, JHEAIPP
  3. Pegawai dari Unit Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKTPG) Negeri Pulau Pinang.

Anjuran

INSTITUT LATIHAN ISLAM PULAU PINANG

Tempat

INSTITUT LATIHAN ISLAM PULAU PINANG

Kursus ini dianjurkan bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta bagi memahami kaedah-kaedah kiraan faraid dan latihan-latihan tertentu untuk mengenal pasti asabah, ashab furud dan zawi al-arham dalam pembahagian harta pusaka. Selain itu, pendedahan berhubung konsep hibah dan wasiat juga turut diberi penekanan termasuk berkaitan aspek pengurusan harta pusaka sebagaimana yang digariskan syarak.

  1. Memberi pendedahan berkenaan pengurusan harta pusaka dari perspektif Islam yang melibatkan hukum-hukum faraid, hibah dan wasiat.

  2. Membentuk masyarakat yang cakna berkaitan dengan kaedah pengurusan harta pusaka.

  1. Prosedur dan Kepentingan Pendaftaran Pernikahan (2 Jam)

  2. Kesedaran Undang-Undang Syariah Berkaitan Perkahwinan dan Kekeluargaan (2 Jam)

  3. Peranan Mediator Dalam Menyelesaikan Konflik Kekeluargaan (2 Jam)

  4. Pengurusan Konflik dan Hak Selepas Perceraian (2 Jam)

  5. Pengenalan Konsep Pengurusan Mal Dalam keluarga Islam (2 Jam)

  6. Harta Sepencarian: Pengurusan dan Penyelesaian (2 Jam)

  7. Panduan Pengurusan Harta Pusaka (2 Jam)

  8. Perancangan dan Pengurusan Harta Pusaka Dalam Keluarga (3 Jam)

Isnin - Ahad : 9:00pagi - 05:00petang

Sabtu-Ahad - Tutup

010-452 8910

No. Telefon

Jalan Pantai Acheh, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang

Alamat

Please publish modules in offcanvas position.